MAJLIS PEMBANGUNAN PERTANIAN KAWASAN PARLIMEN (MPPP)
Oktober 19, 2009 at 9:05 am 17 comments
Dengan prinsip 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” kerajaan telah bersetuju menubuhkan Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) di semua 222 kawasan parlimen bagi mengukuhkan perlaksanaan pembangunan industri pertanian negara hingga ke akar umbi dan meningkatkan pendapatan petani serta mengurangkan kadar kemiskinan.
Matlamat utama penubuhan MPPP adalah untuk mendapatkan idea-idea berhubung perlaksanaan projek pertanian di kawasan Parlimen dengan mengambil kira sumber sedia ada. Disamping itu juga, mengenalpasti permasalahan yang timbul di peringkat Parlimen mengenai pertanian, memaklumkan kepada semua pihak akan peluang-peluang perniagaan dalam sektor pertanian dan segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan serta sebagai forum untuk perbincangan memperkasakan pembangunan industri pertanian negara.
Kerajaan telah melantik wakil-wakil masyarakat setempat sebagai pemimpin dan Pengerusi MPPP yang dilantik adalah sebagai wakil kepada Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani dalam program menyelaras pembangunan pertanian di setiap kawasan. Pada peringkat awal sebanyak RM 100 000 akan diperuntukkan untuk MPPP dan diagihkan melalui empat agensi di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani yang akan bertindak sebagai urusetia bagi setiap kawasan Parlimen.
Walaubagaimanapun semua peruntukan hanya diluluskan dengan persetujuan Penngerusi MPPP. Agensi urusetia untuk MPPP ialah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bagi Semenanjung dan Sabah, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sebagai peneraju di Sarawak, TEKUN NASIONAL bagi kawasan Parlimen di bandar-bandar utama dan KADA serta MADA bagi kawasan Parlimen dibawahnya.
Pengerusi MPPP dan anggotanya bertanggungjawab untuk mengenalpasti projek-projek yang sesuai dibangunkan di kawasan Parlimen berkenaan dan menyalurkan bantuan yang perlu serta membantu meningkatkan produktiviti pertanian dalam negara.
Entry filed under: MPPP. Tags: .
17 Komen Add your own
Tinggalkan Jawapan
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed

1.
Azmi Yahya | November 6, 2009 at 8:48 am
Bagaimanakah masalah peladang dapat dibawa untuk dibincangkan di MPPP
2.
Seketariat MPPP | April 8, 2010 at 10:04 am
Masalah peladang dapat dibawa dalam mesyuarat MPPP melalui Pengerusi PPK masing-masing yang bertindak sebagai ahli MPPP bagi mewakili peladang-peladang
3.
Urusetia MPPP KL | Januari 29, 2010 at 10:11 am
Makluman……. Semua MPPP dibawah LPP di kehendaki mengadakan mesyuarat MPPP setiap 2 bulan sekali atau sekurang-kurangnya 6 kali dalam tahun 2010. Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan sasaran ini amat di hargai dan diucapkan terima kasih
4.
Seketariat MPPP | April 8, 2010 at 10:09 am
Semua MPPP dibawah Penyeliaan LPP disarankan untuk mengemukakan cadangan-cadangan projek pertanian (MPPP) tahun 2009 masing-masing kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani selewat-lewatnya 30 April 2010. Harap Maklum
5.
shuaidawati bte suli | Februari 12, 2010 at 12:08 pm
borang permohonan untuk program ini takde ke? Petani petani yang berminat tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan kemudahan dml program MPPP ini .
6.
Seketariat MPPP | April 8, 2010 at 9:58 am
Untuk makluman saudari yang bertanya.. MPPP ini merupakan Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen dan bukanlah satu program yang boleh disertai ramai….. .
Majlis ini ditubuhkan bagi menyelaras pembangunan dan perlaksanaan projek pertanian,memantau dan memastikan perlaksanaan projek bagi mencapai sasaran dan lain-lain lagi. Majlis ini berjalan dengan mengadakan mesyuarat setiap dua bulan sekali
Keahlian mesyuarat pula telah ditentukan dan kebanyakannya terdiri dari agensi-agensi dibawah kementerian dan wakil-wakil NGO yang berkaitan dengan sektor pertanian
7.
dennis | Mei 19, 2010 at 9:52 am
bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan senarai penuh ahli MPPP seluruh negara?
8.
suarapeladang | Jun 21, 2010 at 10:20 am
Maklumat ahli-ahli MPPP yang di urusetia oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) boleh diperoleh dengan membuat permohonan rasmi ke Bahagian Penyeliaan, Lembaga Pertubuhan Peladang Ibu Pejabat dengan menyatakan tujuan dan sebab keperluan senarai tersebut. Pihak LPP berhak menolak permohonan maklumat tersebut sekiranya didapati keperluannya didapati tidak munasabah.
9.
julie | Mei 25, 2010 at 3:05 pm
mppp ni macam tak mesra rakyat je.macam susah nak dapat bantuan kalau sistem mcm ni di jalankan.baik tak payah tolong….individu yang nak masuk dalam pertanian atau keusahawanan perlukan modal,jadi terus la bantu tanpa perlu ada byk mesyuarat yang tah ape2 tah.mesyuarat je lebih perlaksanaan takde….bila la bangsa nak maju
10.
suarapeladang | Jun 21, 2010 at 9:47 am
MPPP ditubuhkan sebagai satu jawatankuasa pusat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di kawasan Parlimen yang mana bertujuan menyelaras projek-projek pertanian (sedia ada/baru) melalui agensi-agensi di bawahnya. Selain itu segala permasalahan petani, penternak dan nelayan juga dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. Individu yang berminat dalam bidang pertanian dan keusahawanan serta memerlukan bantuan modal tidak perlu menyertai MPPP ini kerana boleh berhubung terus kepada agensi-agensi yang menawarkan sumber pinjaman seperti Tekun Nasional, Agro Bank atau Pertubuhan Peladang Kawasan (ahli)
11.
Wafarin Subkhi | Jun 13, 2010 at 3:32 pm
Tidakkah apa yang diperbincangkan dan dilaporkan dalam MPPP ni bertindih-tindih dengan pemantauan yang dibuat oleh agensi yang sama di mana-mana mesyuarat dan perjumpaan yang lain.
12.
suarapeladang | Jun 21, 2010 at 10:10 am
Mesyuarat dan perjumpaan yang dilakukan oleh setiap agensi di bawah MOA Inc lebih memfokuskan kepada perbincangan isu, masalah serta prestasi di peringkat kawasan atau daerah tertentu sahaja manakala dalam mesyuarat MPPP kesemua maklumat tersebut dibincangkan dengan lebih teliti diperingkat Parlimen dan segala keputusan yang dibuat dipanjangkan terus kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk tindakan selanjutnya.
13.
PokMat Padi | Jun 20, 2010 at 3:02 pm
MPPP bukanlah satu program terbuka yang boleh disertai ramai. Komen saya kalaulah modus operandi yang diurusetia oleh LPP/KADA/MADA/FAMA untuk mengukuh industri pertanian hingga ke akar umbi dan peningkatkan produktiviti dan pendapatan petani sebagai diwawarkan oleh MOA, kejayaan MPPP tidak kemana, kerana ahli-ahli adalah dari pemakan gaji. Keahlian terbuka harus dipilih oleh Pengerusi MPPP (contoh: 4 peladang (3 lelaki dan 1 wanita yang benar-benar peladang/pesawah/penternak tulen). Sebagaicontoh ada jabatan/agensi dibawah MOA takut untuk berdepan dengan masaalah ekosistem/kemarau/bajir/bencana alam dihadapi oleh kami. Hubungan diantara jabatan/agensi masing-masing hendak menaikkkan bendera tidak mahu memberi maklumat saperti: GIS, fizikal, alam sekitar, kesesuaian tanah, iklim, sumber air diabaikan yang menjadi mangsa adalah kami. Bagaimana hendak menyelaras, melaksana, memantau dan memastikan program/projek pada kawasan MPPP. Kami berharap penubuhan MPPP, benar memberi manfaat kepada kerajaan dan rakyat Malaysia.
14.
suarapeladang | Jun 21, 2010 at 10:31 am
Keahlian MPPP bukan sahaja terdiri daripada wakil agensi-agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA Inc), malah wakil dari Badan-Badan-Bukan Kerajaan (NGO) dan juga Persatuan-Persatuan yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam bidang pertanian turut dijemput menyertai keahlian MPPP yang mana wakil-wakil yang hadir terdiri daripada individu yang bergiat aktif dalam bidang pertanian (peladang/pesawah/penternak tulen)
15.
tabuan tanah | Julai 20, 2010 at 11:26 am
Saya nak tanya bila kupun beras boleh dapat…dah hampir setahun..kita yang kat bawah ni asik kena hentam oleh rakyat..org atas buat cadangan ,org bawah yang kena hentam..adakah ini mesra rakyat..kalau dapat tender..org atas yang kautu dulu..siap dgn kroni lagi…
16.
suarapeladang | Julai 23, 2010 at 6:12 pm
Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (SUBUR) adalah inisiatif kerajaan menggantikan program subsidi beras sediada untuk membolehkan warganegara yang berpendapatan rendah menerima manfaat daripada program yang disediakan. Program ini ditangguhkan sehingga tarikh yang diumumkan kelak bagi membolehkan kerja-kerja pengemaskinian sistem eKasih dan pertimbangan permohonan baru diteliti. Mekanisma penggagihan juga akan turut diteliti dan akan diumumkan oleh pihak MOA kemudian.
17.
suarapeladang | Julai 23, 2010 at 6:06 pm
Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (SUBUR) akan dilaksanakan setelah selesai kerja-kerja mengemaskini maklumat Sistem eKasih dan semakan permohonan baru. Ini bagi membolehkan warganegara Malaysia yang memenuhi syarat dapat menikmati subsidi yang disediakan oleh kerajaan.