YAYASAN PELAJARAN PELADANG

Oktober 19, 2009 at 9:34 am

Yayasan Pelajaran Peladang (YPP) telah didaftarkan pada 23 Mei 1995 oleh Pendaftar Pertubuhan Peladang sebagai satu kaedah dibawah Perkara 49 (xv) Perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan setelah dipersetujui dalam Mesyuarat Agung NAFAS pada 20 Disember 1994.


Tujuan penubuhan YPP ialah untuk menggalak, mendidik, memaju dan membantu dalam kemajuan pelajaran rakyat Malaysia amnya dan anak-anak peladang khususnya. YPP juga menubuhkan dan menyenggara biasiswa, dermasiswa, pinjaman dan lain-lain bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia dan anak-anak peladang khususnya bagi maksud membolehkan mereka melanjutkan pelajaran.

YPP juga menjalankan segala kegiatan yang difikirkan perlu dan sesuai untuk menambahkan peluang pelajaran kepada rakyat Malaysia dan anak-anak peladang serta mengadakan lain-lain aktiviti di masa hadapan yang difikirkan sesuai bagi mempertingkatkan pencapaian ilmu dan kemahiran mereka.

Walaubagaimanapun Kaedah Yayasan Pelajaran Peladang yang menjadi panduan dalam mengendalikan YPP sedang dalam proses pindaan bagi tujuan mengemaskini dan penambahbaikan kandungannya. Keperluan meninda kaedah ini adalah kerana kaedah asal tidak begitu kemaskini dari segi takrif dan terma-terma tertentu. Ini adalah bagi memenuhi kehendak Jabatan Hasil Dalam Negeri untuk menimbangkan permohonan pengecualian cukai oleh penyumbang yang memerlukan Yayasan didaftarkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1952.

Antara aktiviti yang dijalankan oleh Yayasan Pelajaran Peladang ialah program anak angkat, Hadiah Kecemerlangan Pelajaran, Anugerah Perdana YPP, pinjaman pendidikan dan program motivasi anak-anak peladang. Kesemua aktiviti ini adalah melibatkan semua Pertubuhan Peladang diseluruh negara termasuk Sabah, Sarawak dan KADA kecuali bagi program anak angkat yang hanya melibatkan beberapa Pertubuhan Peladang Kawasan.

Perancangan masa hadapan Yayasan Pelajaran Peladang pula ialah untuk membangunkan laman web YPP sebagai satu bentuk media interaktif yang cepat dan berkesan. Disamping itu juga, YPP dalam proses untuk menjalinkan kerjasama dengan institiusi pengajian tinggi dalam melaksanakan program pembangunan modal insan untuk manfaat anak-anak peladang sebagai kumpulan sasaran.
Dalam memenuhi wawasan kepimpinan negara, YPP telah membuat perancangan untuk mengatur program-program bagi membina generasi pelapis peladang serta mengemaskini pengkalan data penerima-penerima anugerah Yayasan khususnya Anugerah Perdana untuk mengesan anak-anak peladang yang berjaya dan dapat memberikan sumbangan dari segi ilmu dan kemahiran yang dipelajari kepada Yayasan untuk manfaat masyarakat peladang. Perkara ini adalah selaras dengan cadangan penubuhan Alumni Anak-anak Peladang.

Entry filed under: Yayasan Pelajaran Peladang. Tags: .

MAJLIS PEMBANGUNAN PERTANIAN KAWASAN PARLIMEN (MPPP) KUMPULAN WANG PINJAMAN PERTUBUHAN PELADANG (K3P)


Kiriman Terbaru

Lembaga Pertubuhan Peladang

Pelawat


wordpress com stats plugin


Lembaga Pertubuhan Peladang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini


@2009 Hak Cipta Terpelihara Lembaga Pertubuhan Peladang



Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: