Pengurusan LPP Ibu Pejabat Terbaik 2015

AFIMS; Cepat, Mudah, dan Tepat! – Bahagian Audit Pertubuhan

w

Demi memastikan kelancaran kerja dan kecekapan pengurusan, Bahagian Audit Pengurusan telah mencipta satu sistem inovasi yang dinamakan Audit Fee Integrated Management System (AFIMS). Sistem ini menggunakan data sedia ada yang terdapat di “ System Century”. Inovasi telah dibuat ke atas sistem sedia ada yang membolehkan bil-bil dimasukkan ke dalam sistem dan akaun penghutang diwujudkan secara automatik.

Teruskan membaca

KONSEP KOR TANI LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

1. LATAR BELAKANG

Penubuhan Kor Tani adalah cetusan idea daripada YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia YB Dato’ Noh Hj. Omar semasa Mesyuarat Post Kabinet. Beliau mahukan supaya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diberi satu imej yang baru dari segi kekuatan dan ketrampilan dalam keberkesanan penyampaian dasar-dasar kerajaan khususnya dalam memajukan bidang pertanian. Oleh itu, Agensi di bawah Kementerian diberi tanggungjawab menubuhkan Kor Tani di setiap Jabatan dan Agensi.

Teruskan membaca

KUMPULAN WANG PINJAMAN PERTUBUHAN PELADANG (K3P)

KUMPULAN WANG PINJAMAN PERTUBUHAN PELADANG (K3P)

Kumpulan Wang Pinjaman Pertubuhan Peladang (K3P) merupakan Kumpulan Wang Pinjaman Pertubuhan Peladang, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang pada asalnya dikenali sebagai Akaun Kumpulan Modal Pusingan Pembangunan Pertubuhan Peladang.

Kumpulan Wang ini merangkumi kesemua bayaran balik pokok pinjaman, bayaran perkhidmatan, bayaran memproses serta segala penerimaan wang untuk LPP dan lain-lain bayaran berkaitan yang telah dan akan diperolehi daripada projek-projek dan aktiviti-aktiviti komersial yang dibiayai dalam bentuk pinjaman daripada K3P termasuklah kewangan yang diperuntukkan oleh Lembaga bagi tujuan modal pusingan projek-projek pembangunan Pertubuhan Peladang (PP) dan syarikat-syarikat milik penuh PP. Teruskan membaca