KONSEP KOR TANI LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

1. LATAR BELAKANG

Penubuhan Kor Tani adalah cetusan idea daripada YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia YB Dato’ Noh Hj. Omar semasa Mesyuarat Post Kabinet. Beliau mahukan supaya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diberi satu imej yang baru dari segi kekuatan dan ketrampilan dalam keberkesanan penyampaian dasar-dasar kerajaan khususnya dalam memajukan bidang pertanian. Oleh itu, Agensi di bawah Kementerian diberi tanggungjawab menubuhkan Kor Tani di setiap Jabatan dan Agensi.

2. OBJEKTIF KOR TANI

Di antara objektif tersebut ialah:

2.1 Menanam semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan kumpulan-kumpulan sasar dan usahawan.

2.2 Mempertingkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang pertanian dengan menggunakan sains dan teknologi moden

2.3 Membentuk satu pasukan pertanian yang mempunyai jato diri dan mempunyai ketrmpilan sebagai penyampai misi dan visi Kementerian sesuai dengan slogan “Pertanian adalah Perniagaan”.

2.4 Bertindak sebagai agen penerangan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk memberi penerangan kepada rakyat peranan Kementerian dan kerajaan kearah pembangunan pertanian.

 

3. KONSEP KOR TANI

Dalam melaksanakan Kor Tani ini, beberapa aspek penting diambil kira iaitu:

a) Berpandukan Rukun Negara dan Dasar Pertanian Negara.

b) Penyertaan yang menyeluruh melibatkan lelaki dan wanita dari berbagai kaum.

c) Keanggotaan Kor Tani ini adalah dibuka kepada Pengeluar / Usahawan yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 40 tahun.

d) Disarankan ahli-ahli adalah merangkumi peserta-peserta Pasar Tani, usahawan-usahawan Industri Kecil Sederhana, golongan siswazah yang terlibat dalam bidang Pengeluar/Pemasaran, Peladang, Penternak serta peserta-peserta ladang kontrak.

e) Jangka masa latihan selama satu (1) minggu untuk fasa pertama secara berpusat.

f) Jangkaan pelaksanaan tahun 2011.

g) Kemudahan infrastruktur latihan dan kemudahan asrama hendaklah disediakan dan khidmat Jurulatih.

h) Mempunyai kurikulum yang tersendiri.

i) Mempunyai imej tersendiri dari segi pakaian seragam, logo dan cirri-ciri lain yang difikirkan sesuai.

j) Arah tuju dan tindakan selanjutnya mengenai Kor Tani akan diambil berasaskan kepada kehendak dan pendekatan Pertanian dan Industri Asas Tani.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s