Bangunan baru tingkat imej LPP

8507791146_8aa6fa1e30_b.jpg

KUALA LUMPUR – Selepas empat dekad beroperasi, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bakal menuju era gemilang pada 2012, apabila agensi itu berpindah ke bangunan baru bernilai RM45 juta awal tahun depan, kata Pengerusi LPP, Datuk Zainal Dahalan.

Beliau berkata, bangunan baru itu dibina menggantikan ibu pejabat lama LPP di Pusat Damansara, menempatkan bahagian dan unit utama LPP termasuk dewan serba guna yang akan memberi manfaat kepada lebih 700,000 masyarakat peladang.

Zainal berkata, bangunan baru itu juga dapat meningkatkan imej LPP kerana bangunan lama di Pusat Bandar Damansara tidak lagi bersesuaian, selain tidak mampu menampung jumlah kakitangan dan pelanggan yang semakin bertambah setiap tahun.

“Dengan adanya bangunan baru ini, sudah tentu ia dapat meningkatkan usaha kami dalam menjayakan matlamat LPP iaitu membangun masyarakat peladang serta imej sektor pertanian yang menjadi sektor terpenting dalam Bi¬dang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

“Saya juga berharap setiap warga LPP dapat meningkatkan produktiviti kerja dan sistem penyampaian lebih efisien dan efektif kepada masyarakat, pemegang saham dan ahli Pertubuhan Peladang,” katanya selepas Penyerahan Menara LPP oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada LPP di Menara LPP, semalam.

Turut hadir, Pengarah Cawangan Kerja Bangunan Am Jabatan Kerja Raya, Datin Hajah Azizah Osman.

Selain meningkatkan imej agensi itu, katanya, bangunan baru itu juga diharap dapat memberi semangat baru kepada kakitangan LPP untuk terus mencapai kejayaan khasnya dalam memacu industri agromakanan negara pada masa depan.

“Kita akan berpindah ke bangunan baru, milik kita. Adalah menjadi harapan saya agar setiap warga LPP dapat mempertingkatkan produktiviti kerja dan sistem penyampaian lebih efisien dan efektif kepada masyarakat awam, pemegang saham dan ahli peladang,” katanya.

Beliau turut memberitahu, LPP akan bekerjasama dengan Sirim untuk menda¬patkan Persijilan 5S dalam usaha membentuk persekitaran lebih selesa kepada kakitangan.

“Kami juga dalam cadangan menjadikan landskap di sekitar Menara LPP untuk dilihat lebih menarik dengan aktiviti menanam pokok seperti serai dan halia serta pelbagai jenis herba,” katanya.

8507792222_0224e35b08_b.jpg

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s