Pengurusan LPP Ibu Pejabat Terbaik 2015

AFIMS; Cepat, Mudah, dan Tepat! – Bahagian Audit Pertubuhan

w

Demi memastikan kelancaran kerja dan kecekapan pengurusan, Bahagian Audit Pengurusan telah mencipta satu sistem inovasi yang dinamakan Audit Fee Integrated Management System (AFIMS). Sistem ini menggunakan data sedia ada yang terdapat di “ System Century”. Inovasi telah dibuat ke atas sistem sedia ada yang membolehkan bil-bil dimasukkan ke dalam sistem dan akaun penghutang diwujudkan secara automatik.

Apa yang menariknya mengenai AFIMS ini adalah, sistem ini memudahkan Bahagian Audit Pertubuhan membuat kutipan dari penghutang dan dalam masa yang sama penghutang mudah dikenalpasti tanpa perlu menunggu laporan bulanan daripada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri.

Melalui penggunaan sistem ini juga, keselamatan data adalah terjamin kerana hanya seorang pegawai sahaja dari Bahagian Audit Pertubuhan yang boleh mengakses keseluruhan maklumat di dalam sistem dari mula hingga akhir proses. Di samping itu, kelebihan AFIMS ini adalah dapat menjimatkan masa, tenaga kerja dan kos pengurusan dapat dijimatkan. Yang nyata, sistem yang diinovasikan oleh Bahagian Audit Pertubuhan ini telah memberi impak yang besar kepada kakitangan yang menggunakan sistem ini.

Sistem ini juga telah menduduki tempat ketiga di Konvensyen KIK Peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Tahun 2015. Keadaan ini tentunya melayakkan mereka memenangi Anugerah Inovasi Pengurusan LPP Ibu Pejabat Terbaik 2015. Sesungguhnya, kejayaan mereka ini dapat dijadikan inspirasi kepada kakitangan LPP yang lain agar persekitaran kerja yang cepat, mudah dan tepat dapat diwujudkan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s