SAMBUTAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN KEBANGSAAN 2009

Menyingkap kembali sejarah lalu pada tahun 1973, Perdana Menteri Malaysia pada masa itu iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak Bin Hussein telah mengisytiharkan tarikh 6 Ogos setiap tahun sebagai Hari Peladang. Sambutan pertama Hari Peladang telah diadakan pada 6 Ogos 1975 di Perkarangan Dewan Perlimen yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri pada masa itu. Selepas itu nama Hari Peladang telah ditukarkan kepada Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan dalam tahun 1987 dan terus digunakan sehingga ke hari ini.
Teruskan membaca

Advertisements

MAJLIS PEMBANGUNAN PERTANIAN KAWASAN PARLIMEN (MPPP)

Dengan prinsip 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” kerajaan telah bersetuju menubuhkan Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) di semua 222 kawasan parlimen bagi mengukuhkan perlaksanaan pembangunan industri pertanian negara hingga ke akar umbi dan meningkatkan pendapatan petani serta mengurangkan kadar kemiskinan.
Teruskan membaca